"Boleh dikatakan tidak pernah," kata Muhammad, dalam sesi wawancara khas dengan Harakah, selepas menyerahkan borang keahlian PAS kepada Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sedangkan, tambahnya, perjuangan PAS berlandaskan tuntutan Islam.
"Saya pilih PAS kerana dari kajian dan pemerhatian saya, hanya melalui saluran ini yang boleh memenuhi tuntutan Allah berdasar al-Quran dan Hadis," kata Muhammad.
Di samping itu, ujar bekas Naib Presiden Umno ini, organisasi PAS lebih teratur, terutama dengan adanya Majlis Syura dan personaliti kukuh yang boleh memegang amanah kepemimpinan dengan baik.
Jika PAS diberi peluang menerajui pentadbiran, tambahnya, tentulah banyak seruan agama dapat ditunaikan, berdasarkan perintah al-Quran.
"Oleh itu, seharusnya lebih ramai lagi orang Melayu menyokong PAS agar cita-cita pembaharuan dapat dijayakan," katanya, sambil menekankan perlunya perubahan yang berlandaskan Islam.
Muhammad turut mengakui, dalam Umno pun masih ramai orang yang baik-baik tetapi, katanya, "orang yang baik dalam pertubuhan yang tidak menentu prinsipnya saya fikir dia silap baslah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan