SPECIAL ADS

11 April 2013

Umno/BN Belum Sedar Diri?


12 Apr : Slogan utama UMNO/BN untuk PRU 13 seperti terpampang di markaznya di Terengganu ialah PAS KUDA TUNGGANGAN DAP, PAS KIANATI MELAYU. Seorang kawan ketika memberi respon secara spotan sebaik saja melihat kain rentang ini menyebut UMNO macam orang tua nyanyuk yang dah tak ingat apa apa serta tidak tahu apa yang dikatakan itu kembali kepada dirinya sendiri.

Atau dengan kata kata lain, UMNO sudah semakin TOLOL kerana sudah tidak punya apa apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat. Akibat ketololan UMNO ini terhasilnya ungkapan tolol seperti itu.

UMNO tidak berupaya menawarkan harga minyak yang murah sesuai dengan reputasi negara sebagai pengeluar minyak, tidak berupaya menawarkan pendidikan percuma dengan penghapusan PTPTN, tidak berupaya menurunkan harga kereta dan tidak berupaya menyaingi apa saja janji PR seperti termaktub dalam menifestonya.

Apa yang mampu ditawarkan UMNO/BN cuma beberapa imej 1Malaysia yang langsung tidak mampu dinikmati oleh SEMUA RAKYAT. Dengan imej inilah UMNO/BN saban hari mengiklankannya di kaca TV sedangkan yang menikmatinya hanya segelintir rakyat sahaja. Kerana terhadnya tawaran UMNO/BN dalam PRU 13, maka UMNO menjadi tolol, tidak dapat berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat.

Akhirnya lahirlah ungkapan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS mengkianati melayu dengan alasan atau hujah TGHH berpelukan dengan LKS.

Tetapi UMNO/BN tidak sedar, tindakan ini hanya akan memakan dirinya sendiri, cara kempen UMNO mungkin dilihat berkesan di Terengganu kerana Terengganu adalah negeri majoriti melayu dan sebahagian rakyatnya pula masih kurang cerdik kerana penangan wang ehsan Mahatihir dulu. Tetapi UMNO tidak sedar penerimaan rakyat di negeri lain yang menunjukkan penolakan rakyat terhadap mereka.

Oleh itu UMNO mungkin boleh menang besar di Terengganu mengambil kira tahap kecerdikan kebanyakan rakyatnya serta kelibat pengundi hantu. Tetapi apa guna kemenangan itu kalau persekutuan mereka tewas? Apa bagusnya kerajaan negeri untuk UMNO tanpa kerajaan persekutuan?

Walaubagaimanapun, perubahan minda pengundi Terengganu tidak boleh dipandang ringan, keadaan mungkin sudah berubah sekarang apatah lagi dengan membaca kain rentang yang tolol itu, malah mungkin ada yang mempersoalkan dakwaan bagaimana PAS boleh jadi kuda tunggangan DAP sedangkan DAP tidak kuat di Terengganu, cuma ada cawangan kecilnya di Kuala Terenganu sedangkan di daerah lain, bendera DAP pun tidak pernah berkibar.

Begitu juga dakwaan PAS kianati melayu, siapa yang bagi Genting Highland kepada Cina MCA?Siapa yang bagi ruang yang luas untuk Vincent Tan untuk mengautkan keuntungan besar hasil perniagaanya termasuk perniagaan spot toto dan penjualan arak di 7 elevennya? Vincent Tan itu siapa dan apa kaintannya dengan MCA? PKFZ juga siapa yang beri kelulusan?

Bila masa PAS terlibat dengan aktiviti pengkianatan ini sehingga tak pasal pasal dituduh pengkianat melayu? Tak kan kerana TGHH berpelukan saja sudah dianggap kianat sedangkan di Genting Highland beribu ribu ekar tanah diserahkan kepada ahli MCA, LGT oleh UMNO? Memang tolol, kerana menganggap berpelukan itu kianat tetapi meyerahkan tanah milik melayu kepada Cina dengan cara yang meragukan serta tanah itu dimajukan untuk menghina ugama Islam tidak pula dianggap pengkianat.

Itu tidak termasuk lagi pendedahan demi pendedahan bagaimana UMNO menyebabkan tanah rizab melayu tergadai di seluruh negara, umumnya oleh permainan licik MCA.

Ini bermakna UMNOlah kuda tunggangan MCA, dan UMNOlah kianati melayu. Tetapi UMNO menuduh PAS semata mata untuk berkempen. Oleh itu amatlah tolol kepada mana mana pengundi yang percaya dengan kempen UMNO dan memilih mereka pada 5/5/13 nanti, malah boleh disimpulkan setiap undi yang diperolehi UMNO/BN nanti mewakili rakyat Malaysia yang tolol setolol UMNO.

UMNO boleh juga diibaratkan seorang budak tadika yang berak di tengah jalan dengan disaksikan oleh orang ramai tetapi menuduh orang yang lebi tua darinya yang berak. Oleh itu siapa jua yang percaya kepada budak tadika itu boleh dianggap tolol! "
 


Oleh: senik

Tiada ulasan: