02 Apr : Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.
Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu disampaikan melalui pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah.
Cabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri.
"Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya.
Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri.
Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan