SPECIAL ADS

10 April 2013

Wangsa Maju :MCA Kecam PM

mca member ngo support yew teong look 100413 2
KUALA LUMPUR 10 Apr : MCA Wangsa Maju menuduh Umno tidak mengamalkan 'semangat BN' dan mendakwa buktinya ialah usaha setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah, untuk "merompak" kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA.

Setiausaha Organisasi MCA Wangsa Maju,  Lim Choon Hong berkata  Shafie telah menjadi ketua BN Wangsa Maju dan "langkah seterusnya adalah mereka (Umno) akan mengambil kawasan pilihan raya kami".

Malah, Lim memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa ia tidak pernah pun dibincangkan dengan mereka.

Manakala timbalan ketua bahagian berkenaan, Ng Kiat Ling berkata MCA Wangsa Maju telah bekerja keras sejak bertahun-tahun di kawasan itu yang telah menjadi kerusi tradisi untuk parti itu di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Anda (Umno) kini mahu mengambilnya (Wangsa Maju). Ini tidak adil kepada kami!" Kata Ng.

Wangsa Maju Umno telah mengintai kerusi itu sejak 2008 dan mahu Shafie, yang juga ketua Umno bahagian tersebut, bertanding di situ.


Jumaat lepas, Shafie menghadiri sesi solat dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wangsa Maju. Ini menimbulkan cakap-cakap bahawa Shafie telah mendapat restu kepimpinan Umno pusat untuk bertanding di Wangsa Maju.

Sejak minggu lalu, akhbar Cina membuat spekulasi bahawa MCA akan memberi laluan kepada Umno di beberapa kawasan Parlimen, termasuk Wangsa Maju dan Gelang Patah di Johor.

Bagaimanapun, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sehingga ini hanya mengesahkan bahawa Tronoh - sebuah kerusi DUN di Perak -  akan "dipinjamkan" kepada MIC.

Presiden MCA itu menjelaskan justifikasi di sebalik keputusan ini di  Facebook beliau, di mana beliau juga menggesa ahli MCA supaya bertenang dan mengelak daripada mensabotaj BN.

Spekulasi bertiup kencang untuk seketika bahawa MCA telah bersetuju Umno mengambil alih kerusi Wangsa Maju dan ini meningkatkan lagi rasa tidak puas hati dalam MCA di peringkat akar umbi.

Kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan
malam malam tadi, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look  dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut.

Beberapa anggota parti meluahkan kemarahan mereka kepada presiden MCA kerana tidak memaklumkan kepada akar umbi mengenai dakwaan keputusan untuk memberikan kawasan tradisi MCA itu kepada Umno.

Perhimpunan merangkap makan malam itu yang diadakan di Danau Kota, Setapak, dianjurkan oleh kira-kira 80 organisasi tempatan.

Tiada ulasan: