SPECIAL ADS

1 April 2013

Aliran Tunai Selepas Cukai Eksais Dihapuskan Dalam Tempoh 5 Tahun


01 Apr : Ada segelintir yang terkeliru dengan kos untuk menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat. Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan beberap angka yang ditimbulkan oleh Umno, terutamanya setelah PR membentangkan bagaimana dasar ini akan dibiayai dan kesannya kepada rakyat.
Sebelum saya ulas lanjut, untuk memastikan pembaca benar-benar faham hubungkait di antara cukai eksais, cukai import, cukai jualan dan AP dengan harga kereta, wajarlah membaca panduan yang telah saya sediakan untuk menjawab kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu:
Apabila pembaca menghadam panduan itu, barulah boleh memahami bahawa AP tidak mempengaruhi kereta terbanyak yang 90% tidak dikenakan AP kerana dipasang di Malaysia. AP ini adalah cukai untuk kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia.
Sistem AP diteruskan oleh Barisan Nasional untuk memberi keuntungan kepada kroni tertentu walaupun bertentangan dengan peraturan perdagangan bebas yang ditandatangani dengan WTO dan AFTA. Sebab itu, AP hanya boleh dilaksanakan sehingga 2015 seperti yang dipersetujui oleh Barisan Nasional sendiri.
Bertitik tolak dari sinilah, maka kesempatan ini digunakan untuk memaksimakan pendapatan negara dalam tempoh tiga tahun, agar peruntukan tahunan untuk mengimbangi kekurangan hasil apabila cukai eksais dipotong adalah rendah.
Saya telah membentangkan kos program-program PR ini sejak setahun yang lepas dan menulis di pelbagai penerbitan. Contohnya, saya pernah membidas YB Khairy Jamaluddin dalam satu penulisan yang disiarkan oleh akhbar ekonomi The Edge lewat 2012 seperti berikut (petikan di bahagian yang membabitkan potongan cukai eksais):
Panduan Harga Kereta Untuk Dato’ Mukhriz
Oleh yang demikian, rancangan PR adalah:
1) memotong cukai secara berperingkat 20% setiap tahun
2) menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP
3) memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan
tururn_harga_kereta
Perkara ini ditunjukkan dengan jelas dalam pembentangan kos program PR di dalam forum-forum dan pihak media.
Persoalannya: apakah kita tidak mampu menabung RM2 bilion setiap tahun bagi tahun 2013-2014 supaya aliran tunai berimbang apabila potongan cukai mencecah 60% dalam tahun 2015, sedangkan Barisan Nasional membelanjakan ratusan bilion untuk projek mega?
Itu pun kalau PR mahu memastikan pendapatan dari cukai eksais diganti agar aliran tunai kerajaan berimbang sepanjang masa. Barisan Nasional selalunya mengambil jalan yang lebih nakal – terus berhutang dan membiarkan aliran tunai negara defisit sepanjang masa, sejak zaman Tun Mahathir lagi!
Untuk memahami dengan menyeluruh aliran tunai dan kos program-program PR, boleh muat turun dan menghadam pembentangan berikut.

Tiada ulasan: