SPECIAL ADS

16 April 2013

Mantan MB Masuk Pas dan PKR?

16 Apr : Sejak Nizar mengeluarkan ucapan berkenaan akan ada mantan MB dari UMNI yang akan menyertai PAS, berita itu menjadi panas. Timbul pelbagai spekulasi siapakah individu tersebut.

 Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan mantan MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor. 


Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih. 


Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS dan PKR itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan. 

Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. 

Wah! berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak) akan menyertai PKR. 

Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka Mat Taib akan masuk PAS!.


Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun sekadar spekulasi pilihanraya ke 13.

Kemungkinan juga trend ini adalah disebabkan beberapa motif-motif  yang tersendiri samaada untuk beralih angin atau pelbagai alasan lain. Jelas dan nyata, tindakan mereka-mereka ini mungkin lebih kepada  situasi lanskap politik masakini  yang tidak sesuai pada prinsip dan jiwa masing-masing.

Kebarangkalian pula mereka-mereka ini dah lama berehat dalam arena politik dan teringin untuk aktif dalam politik. Hendak aktif dalam Umno, tidak diberi peluang..justeru satu jalan alternatif join masuk Pakatan Rakyat yang bersedia memberi ruang dan peluang untuk berjuang dalam politik bagi kepentingan bangsa dan agama.

Tiada ulasan: