16 Apr : Di Sebalik Cerita Lama
Sunday, October 04, 2009Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang.
Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.
Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwat bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib.
Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.
Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.
Satu-satunya kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) selain dari gugurnya Rais Yatim di parlimen Jelebu adalah, nama pengerusi Felda pun turut tersenarai.
Nama Isa Samad langsung tidak tercapai dek akal kita yang waras kerana BEKAS penyandang kerusi DUN Bagan Pinang ini bukannya asing lagi dalam politik negara.
Selain pernah menjadi menteri besar, Isa juga pernah dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan setelah ditendang dari kerusi DUN pada 1995 semasa zaman BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad berkuasa dahulu.
Tetapi nama Isa mula tercalar apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mengamalkan politik wang (baca: rasuah) dalam perebutan jawatan Naib Presiden parti reput itu.
Sejak itu namanya mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Tetapi yang menjadi persoalan utama, tidak adakah pemimpin Umno tempatan yang 'bersih' dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno menentang calon Pakatan Rakyat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin?
Oleh : Papagesek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan