SPECIAL ADS

3 April 2013

BN : Bakal MB Selangor?


SHAH ALAM: Teka-teki siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu terus menjadi persoalan bukan sahaja kepada pemimpin, malah rakyat Selangor juga tertanya-tanya siapa bakal menteri besar mereka.
Jika dilihat kepada kedudukan negeri Selangor sebagai sebuah negeri industri yang kaya dengan pelbagai hasil, BN perlu menyediakan senarai calon-calon yang memiliki latar belakang korporat seperti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ini.
Terdapat beberapa tokoh korporat yang mula diintai BN Selangor yang dilihat mampu menandingi keupayaan Abdul Khalid untuk menguruskan ekonomi sekaligus negeri Selangor.
Tan Sri Rozali IsmailTan Sri Rozali IsmailAntara tokoh korporat yang sering dikaitkan bakal menjadi menteri besar adalah Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ibrahim.
Beliau yang juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan ahli perniagaan di dalam dan luar negara, dan mampu menaikkan keyakinan pelabur untuk melabur di Selangor.

Tidak seperti Abdul Khalid Ibrahim yang kurang berpengalaman dalam politik, Rozali dilihat mempunyai pakej lengkap kerana beliau juga aktif berpolitik dan pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor.


Bagaimanapun, imej beliau sedikit tercalar apabila Syabas dikatakan menjadi punca krisis air yang kini melanda Selangor. Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja menuduh Syabas telah mensabotaj bekalan air Selangor sebagai usaha terakhir untuk merampas kembali negeri itu pada PRU13 nanti, malah Rozali telah diberi amaran oleh pemimpin Selangor, kononnya mereka akan mendedahkan gaya hidup mewah Rozali kepada rakyat dan memotong gaji beliau sebanyak RM10 juta.

Tan Sri Fateh IskandarTan Sri Fateh IskandarSelain Rozali, seorang lagi tokoh korporat muda yang dilihat mempunyai potensi besar yang boleh dikembangkan ialah Datuk Fateh Iskandar.

Beliau yang merupakan pengerusi syarikat hartanah terkemuka Glomac Berhad mempunyai peluang cerah dan setakat ini tiada kedengaran tentangan dari dalaman Umno untuk menerimanya sebagai menteri besar.


Keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melantik Fateh sebagai Bendahari Umno Selangor merupakan keputusan tepat untuk memuaskan hati semua pihak yang beranggapan kuasa menteri besar harus diberikan kepada ahli politik.


Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa juga dikatakan mampu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor.


Datuk Mohamad AdzibDatuk Mohamad AdzibSelain dari imej korporat yang bersih, hubungan baik beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mampu mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Najib.

Bagaimapun, beliau pernah terpalit dengan isu politik apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa terdapat pertemuan antara Mais, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan NGO Islam yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Abdul Khalid.


Terdapat juga beberapa pemimpin Umno yang cuba menonjolkan diri masing-masing bagi menunjukkan kemampuan mereka untuk menerajui Selangor.


Ramai berpendapat Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sedang mengintai peluang untuk dilantik sebagai menteri besar.


Datuk Seri Mohd ZinDatuk Seri Mohd ZinKedudukan beliau sebagai koordinator memudahkan beliau untuk mendapat sokongan daripada dalaman Umno itu sendiri dan juga rakyat.

Seorang lagi pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai pengganti Abdul Khalid ialah Datuk Seri Noh Omar berdasarkan pengalaman beliau diperingkat persekutuan dan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor.


Tetapi, tidak seperti tokoh korporat seperti Fateh dan Mohamad Adzib, Noh dan Mohd Zin dikelilingi pelbagai masalah dan kontroversi sepanjang penglibatan mereka di dalam politik.


Bagaimanapun, menurut sumber, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat nama asing yang akan mengejutkan semua pihak untuk menerajui Selangor.
"Bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dulu bukan nama besar atau yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar... tetapi akhirnya beliau dipilih disebabkan beliau muka baru dan muda.Datuk Seri Noh bin OmarDatuk Seri Noh bin Omar
"Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku semula," kata sumber yang ditemui Malaysian Digest baru-baru ini.

Calon-calon diatas adalah serba mungkin, ketokohannya mempunyai karisma tersendiri.  Kejutan akan berlaku di Selangor, sekiranya BN menang cemerlang dalam PRU 13 ini.  Tunggulah pengumuman BN, siapakan calon-calon yang akan bertanding di Selangor. Daripada senarai yang dicalonkan bertanding di peringkat DUN, dapatlah kita mendapat bayangan siapakah bakal MB Selangor?

Tiada ulasan: