SPECIAL ADS

2 April 2013

Guan Eng rasa tertipu dengan helah politik Teng


GEORGE TOWN, 2 APRIL: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merasakan beliau tertipu dengan helah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang mencabarnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota kerana tidak menampakkan Teng berniat untuk menepati cabarannya sendiri.

Katanya, walaupun beliau menerima syarat Teng yang tidak masuk akal supaya bertanding hanya satu kerusi DUN dan tidak bertanding kerusi Parlimen, kini Teng dianggap penakut kerana menafikan cabaran itu.

“Teng juga menyatakan sebelum ini bahawa “anda mesti bangkit di tempat anda jatuh”, yang bermakna dia akan bertanding semula di Padang Kota untuk bangkit semula di Pulau Pinang, bukannya di Padang Kota membuktikan dia tidak jujur.

“Teng juga mengumumkan akan menjadi seorang pemimpin yang berbeza daripada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan bersedia untuk bertegas dengan UMNO apabila melarikan diri daripada bertanding di Padang Kota yang disandangnya selama 3 penggal pada 1995 sehingga 2008, menunjukkan dia hanya bersedia berdiri di belakang UMNO,” katanya dalam kenyataan media, di Komtar, hari ini.

Guan Eng berkata, walaupun Teng melakukan helah politik, dia tidak boleh lari daripada hakikat bahawa beliau melihat dirinya sebagai wakil UMNO dan bukan wakil rakyat, yang jelas berbeza daripada prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat daripada hadapan dan bukannya daripada belakang UMNO.

“Dengan meninggalkan kawasan Air Putih dan memilih Padang Kota, bermakna saya memberi Teng kelebihan kerana Padang Kota dimenangi DAP dengan majoriti terendah 1,661 undi di antara semua 19 kerusi DUN yang dimenangi DAP di Pulau Pinang pada 2008, tetapi masih berani kembali bertanding di kerusi lama,” katanya..

Beliau berharap pertandingan itu akan memberi pilihan yang jelas kepada rakyat, sama ada untuk kembali kepada UMNO dengan memilih kerajaan yang dikepalai kroni BN atau memilih kerajaan yang mesra rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat dan terdiri daripada rakyat.

“Ini adalah dua dasar pentadbiran berbza, satu membenarkan rasuah dan satu lagi yang percaya bahawa kerajaan yang bersih berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan boleh mengatasi sebuah pentadbiran yang korup.

“Saya sangka Teng seorang pemimpin yang berbeza daripada Koh Tsu Koon, sebaliknya Teng sebenarnya lebih teruk daripada Koh kerana sekurang-kurangnya Koh berani untuk bertanding semula di kerusi DUN beliau.

“Oleh itu, saya tidak lagi akan melayan permainan politik Teng, walaupun sudah tertipu dengan helah politik Teng, sekurang-kurangnya keengganan bertanding di kawasan lamanya mendedahkan Teng sebenarnya bukan pemimpin yang memimpin daripada depan tetapi daripada belakang UMNO,” katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada mesej mengenai tentang masa depan jenis apa yang dimahukan rakyat Pulau Pinang kerana Pakatan Rakyat percaya dengan Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat.

Katanya, biar rakyat Pulau Pinang memutuskan sama ada memilih PR yang mempunyai dasar dan prinsip serta keberanian dan idealisme untuk menyediakan masa depan untuk anak muda. – Roketkini.com

Tiada ulasan: