batu pahat dap ceramah 050413 06"Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu(takut kalah)! Kita bukan kiasi(takut mati)

"Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!" katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.

Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

batu pahat dap ceramah 050413 03 crowdLim yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan, beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan "tsunami politik" pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.