SPECIAL ADS

6 April 2013

'Undurkan Taib atau mansuhkan saja SPRM'

06 Apr : Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Taib Mahmud berundur kerana enggan memberikan kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu, kata DAP.

lim guan engJika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri), perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu ekoran kegagalan melaksanakan tugasnya.

"Bukan sahaya tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

"Jika Taib tidak berundur atau terlepas daripada hukuman dengan kenyataan yang memalukan itu, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah."

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung siasatan mengenai urus niaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

NONESPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa "nakal" dan "tidak jujur", kata Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui video NGO antarabangsa Global Witness akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang antara lain merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya menyalah guna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

Suruhanjaya itu sudah menyerbu pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video itu.

Tiada ulasan: