Rakyat mahu para pemimpin melupakan seketika perbalahan sesama sendiri dan menumpukan usaha menghadapi PRU13 kerana fokus sekarang adalah menuju Putrajaya. Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan:
- Supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
- Berkomunikasi dengan kepimpinan dan tidak membuat kenyataan yang menyerang pemimpin parti.
- Jangan bercakap kosong, menabur janji palsu dan mengeluarkan kenyataan merapu sehingga hilang banyak sokongan rakyat terhadap parti pakatan pembangkang.
- Membuat penilaian mengenai nilai maruah dan moral.
- Berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
- Fokus kepada satu matlamat dan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh digunakan untuk melemahkan matlamat Pakatan Rakyat.
- Pemimpin lebih matang dalam bercakap dan mengeluarkan kenyataan.
- Fokus kepada PRU 13 dan elakkan pertindihan kenyataan yang mengelirukan rakyat.
Umpama ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya’. Meminta semua pemimpin parti dalam rakan sekutu Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Malah ada isu yang tidak patut dikomen atau diulas tetapi masih ada pemimpin yang gatal mulut untuk mengulasnya dan akhirnya menjadi bahan kempen BN. Isu-isu yang dibangkitkan ketika ini adalah:
* Karpal Singh : Mat Taib tidak layak menyertai Pas.
* Khalid Ibrahim : Hudud Tak Boleh Dilaksanakan Tanpa Persetujuan Seluruh Rakyat M'sia.
* Karpal Singh : "Setuju Guna Lambang Bukan Bermakna Setuju Hukum Hudud".
* Haron Din : Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara.
Pelbagai lagi isu-isu yang menyebabkan pertindihan dan kekeliruan dikalangan rakyat yang sepatutnya dihindari dan dikenalpasti bagi mengelak percanggahan pendapat dan tidak sewajarnya didebatkan ketika ini untuk menghadapi musuh utama BN.
Kepada para pemimpin Pakatan Rakyat perlu bijak dan meneliti dalam menentukan atau memilih isu-isu yang perlu dibangkitkan bukan untuk memporakperandakan keadaan.
Ketika rakyat begitu bersemangat untuk menguburkan BN, pemimpin PR pula menimbulkan pelbagai polemik yang sebelum ini sudah dibincangkan sesama mereka.
Itu adalah sebahagian nasihat dari rakyat untuk para pemimpin Pakatan Rakyat, demi menuju ke Putrajaya.
Oleh : MYS (Rakyat Prihatin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan