SPECIAL ADS

7 April 2013

Nong Chik dicabar dedah aset kewangan luar negara


KUALA LUMPUR 7 APRIL : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin mendedahkan aset kewangan luar negaranya.
Raja Nong Chik merupakan ahli politik yang tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ)
“Ini isu integriti, rakyat berhak mengundi dalam keadaan mereka mengetahui kedudukan kewangan (calon) ahli parlimen mereka
“Saya harap menjelang pilihan raya ini beliau bersedia dedahkan aset kewangan beliau. Saya juga sedia lakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media di Kem Kesihatan Demi Rakyat, Lembah Pantai pagi tadi.
ICIJ_ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia.
Raja Nong Chik Zainal Abidin disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation.
Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara.
Dalam pada itu kata Nurul, sehingga hari ini Menteri Wilayah itu tidak berani menjawab secara rasmi isu pemberian kontrak RM30.8 juta kepada Istijuara Sdn Bhd oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Istijuara dimiliki anak Raja Nong Chik, Raja Farhana memperoleh projek membekal kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bandar Penawar. Johor.
“Sebagai menteri, beliau harus telus menggunakan kuasa yang ada. Bagaimana beliau mengaku berkhidmat untuk rakyat ketika anak beliau menerima projek besar tanpa kelayakan yang sepatutnya? soal Nurul.

Oleh: Ruqayya Rahman

Tiada ulasan: