SPECIAL ADS

12 April 2013

Propaganda Umno/BN untuk lemahkan PAS dipatahkan

13 Apr : UMNO@BN tidak akan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat membuat penerangan secara jelas kepada rakyat tentang hasrat dan cita-citanya apabila diberikan kesempatan memerintah Malaysia. PR dan tenaga geraknya akan disibukkan dengan isu-isu yang 'tak terfokus'. Akhirnya media PR sekadar menghabiskan masa menjawab serangan saraf daripada UMNO@BN.

Selepas video seks Mustafa Ali, satu lagi saraf ialah Mustafa Ali meletak jawatan. Ini juga adalah strategi melemahkan PAS kerana Cikgu Pa adalah salah satu tenaga utama dalam sebarang perbincangan dalam Pakatan Rakyat. Orang yang bertanggungjawab memutuskan banyak perkara bagi pihak PAS.

Soal kita suka atau tak suka kepada Cikgu Pa, itu soal lain, kita terima hakikat bahawa Cikgu Pa adalah wakil kita. Jangan kita menambah 'koyak rabak' pada wakil kita sedangkan wakil ini akan berhadapan dengan musuh utama kita UMNO@BN. Bodohkan kalau kita hantar pimpinan yang koyak rabok untuk berhadapan dengan musuh. Apasalahnya kita bicara isu ini selepas PRU13.

Dalam politik PAS Cikgu Pa dan Tuan Guru Nik Aziz adalah 2 orang tokoh PAS yang paling  awal menjadi calon yang masih ada dan kemungkinan TGNA adalah orang yang bertanding paling banyak kerana Cikgu Pa 'kemungkinan' tak bertanding pada PRU13 ini. Kedua-dua tokoh ini tidak dapat ditolak adalah orang yang paling mahir dalam permainan pilitik musuh UMNO@BN.

Bernama menyiarkan berita penafian berita ini.

Mustafa nafi letak jawatan SUA PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair. 
Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media. 

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan. 

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.
"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Dr Haron Din Tinggalkan PAS
Saraf kedua ialah Prof. Dr Haron Din dikatakan keluar daripada PAS. Dr Haron Din antara yang dilihat mempunyai pandangan yang berbeza dalam banyak hal didalam PAS, walau bagaimanapun Dr Haron Din adalah orang yang taat kepada kepimpinan. Perbezaan pandangan dan pendekatan adalah perkara biasa dan ini membuatkan PAS menjadi unik.

TKO juga mempunyai pandangan yang berbeza dan banyak kali dilihat mengkritik PAS tetapi tidak sampai TKO lari daripada matlamat sebenar penubuhannya. Ini terbukti TKO boleh bertahan 14 tahun mempertahankan PAS sedangkan TKO pernah dalam suatu masa dulu di forumnya membahaskan untuk menukar Presiden PAS.

Keunikan ini adalah hikmah yang besar kalau dijaga dengan taat dan siqah, tetapi jika bibik-bibik perpecahan dimasukkan melalui propaganda musuh mungkin ada pengikut terpengaruh dan akhirnya PAS akan kucar kacir akibat daripada hati yang tak mulia.

Oleh itu jangan terlalu mudah mempercayai berita daripada musuh terutama UMNO@BN. Berhati-hati dan rujuk kepada kepimpinan. Kalau belum ada apa-apa penjelasan, sabar dan tunggu sihingga kenyataan keluar. Jangan terlalu ghairah menjadi juara mengulas dan membuat andaian.

Al Hamdulillah Tuan Guru Haji Abdul Hadi menafikan berita tentang Dr Haron Din dan semalam semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang Dr Haron Din membuat kenyataan penafian.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu, kecewa dengan khabar angin tersebut, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan PAS. Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket PAS pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Peranan Blogger & Facebooker


Sepatutnya sekarang, seperti sebelum ini blogger dan facebooker menyerang dengan fakta dan maklumat agar pembaca jelas bagaimana negara kita sedang diambang kemusnahan akibat pentadbiran akus UMNO@BN yang lemah.

Fakta dan maklumat ini menjadikan musuh kelam kabut dan rakyat mendapat kesedaran yang tinggi. Tapi malangnya jika blogger dan facebooker menghabiskan masa dengan isu-isu 'tak terfokus' bukan isu negara untuk dijawab, kita akan kekurangan masa membuatkan musuh lena dan selesa kerana dakyah mereka mengaburi isu sebenar yang melanda rakyat.

PRU13 adalah kesempatan terakhir kita, jangan kita terlepas, nanti kita menyesal. Sukar untuk mendapatkan peluang seperti ini lagi...

Teruskan kerja sebelum ini dan berikan fokus kepada fakta kenapa UMNO@BN perlu dihumbam dalam PRU13 nanti!!! 


Oleh WTKO (Wartawan TKO)

Tiada ulasan: