SPECIAL ADS

3 April 2013

PRU 13: Pakatan lipat gandakan kempen perjelas tawaran Manifesto


KUALA LUMPUR 3 APRIL: Sempena pembubaran Parlimen hari ini, Pakatan Rakyat akan meluaskan lagi kempen Manifesto Pakatan Rakyat ke segenap negeri supaya penjelasan mengenai tawaran yang menjadi harapan rakyat itu sampai kepada mereka.
Siti Aisyah“Kita harap menjelang hari mengundi, semua tawaran Pakatan sudah tertanam di minda pengundi dan memilih untuk perubahan,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Pakatan sebelum ini melancarkan manifesto 25 Februari lalu pada Konvensyennya di Shah Alam.
Mengulas lanjut, Siti Aishah berkata, dengan pembubaran Parlimen, mandat kerajaan yang melebihi tempoh lima tahun dapat dikembalikan kepada rakyat.
“Setelah penantian yang panjang, akhirnya rakyat mendapat mandat semula. Pimpinan Pakatan akan menggandakan usaha untuk bertemu rakyat dan menerangkan tawaran kami,” kata Aishah yang namanya disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Tambun, Perak.
“Pakatan Harapan Rakyat adalah manifesto yang jelas akan membela nasib dan menaikkan taraf hidup rakyat,” kata Siti Aishah. – N
Oleh Aisha Geoffrey

Tiada ulasan: