PETALING JAYA 01 Apr : Lebih sebulan selepas melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan dua inisiatif baru sebagai janji menghadapi pilihan raya iaitu Dividen Banteras Rasuah jika pihaknya menerajui kerajaan pusat.
Bagaimanapin perikatan itu menafikan ia satu langkah 'gula-gula politik'.
Selain itu, PR juga mengumumkan pelarasan gaji berkuat kuasa Julai ini.
Bagaimanapin perikatan itu menafikan ia satu langkah 'gula-gula politik'.
Selain itu, PR juga mengumumkan pelarasan gaji berkuat kuasa Julai ini.
Beliau juga berkata, dengan kuasa yang diberikan rakyat, kerajaan PR akan membantu memerangi rasuah dengan mewujudkan Dividen Banteras Rasuah.
"Ini bukan 'goodies' untuk rakyat seperti yang kerajaan BN lakukan, ini cara kita banteras rasuah," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Selain itu, Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri PKR, Wong Chen berkata, 'kerajaan' PR akan melaksanakan pelarasan gaji yang diumumkan dalam manifesto dan akan berkuat kuasa pada Julai ini sebaik sahaja pembangkang menjadi kerajaan.
Tambahnya, pakatan pembangkang juga akan membuat penyelarasan gaji pasukan keselamatan pada Januari tahun hadapan serta akan membuat semakan setiap tiga tahun sekali.
"Kita akan laksanakan penyelarasan gaji kepada kakitangan awam sesuai dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,100.
"PR juga akan laksanakan pengumuman gaji yang dibuat dalam manifesto pada Julai ini, dan untuk pasukan keselamatan pada Januari tahun hadapan," katanya lagi.
Semakan gaji pula akan diadakan setiapa tiga tahun secara automatik bukan mengikut amalan sekarang.
PR melancarkan manifestonya yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat pada 25 Februari lalu.
PR melancarkan manifestonya yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat pada 25 Februari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan