SPECIAL ADS

4 April 2013

Rakyat Jadi Hakim

04 Apr : Dewan Negeri Selangor dibubarkan secara rasminya hari ini apabila Warkah Pembubaran ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan Menteri Besar serta Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir. Kini rakyatlah menjadi dan HAKIM  untuk menentukan siapakah yang perlu dipilih untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor selepas PRU 13.

Lihat video ini:


Pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, rakyat Malaysia diseru agar memilih pemimpin yang patuh kepada rakyat dan bukan pemimpin yang berlagak seperti pembesar dahulu kala.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau BERSIH 2.0 melancarkan kod etika dan garis panduan kerajaan sementara sejajar dengan pembubaran Parlimen
Kegagalan Kerajaan Pusat Pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan laporan terperinci atau kertas putih berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu awal Februari lalu mengundang pelbagai persepsi rakyat.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor akan berpeluang sekali lagi menjalankan hak dan tanggungjawab mereka dalam menentukan kerajaan yang memerintah
“Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor menyembahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Baginda Sultan di atas tunjuk ajar serta panduan yang berikan sepanjang lima tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim selepas pertemuan dengan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang di sini.

Sidang Dun Selangor
Abdul Khalid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam di negeri ini yang telah berkhidmat dengan cemerlang serta kerjasama yang mereka berikan kepadanya dan seluruh pimpinan di Selangor.
Beliau berharap semua penjawat awam akan terus bekerja dengan dedikasi meskipun kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dipilih.
“Begitu juga dengan seluruh anggota pasukan keselamatan negara yang diharap akan sentiasa menjaga keselamatan awam terutama ketika hari penamaan calon, tempoh berkempen dan sehingga hari pengundian.
“Ketua-ketua kampung, penghulu, ketua-ketua taman dan persatuan penduduk perlu menjaga keselamatan kawasan masing-masing supaya proses pilihan raya berjalan dalam suasana harmoni dan selamat.
“Kita juga perlu memastikan anak buah kita menjaga kesejahteraan komuniti dan mengelak diri daripada terpengaruh dengan segala bentuk provokatif mana-mana pihak,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membantu beliau dalam menjalankan tugas-tugas dengan memberi liputan sama ada secara positif atau negatif serta hebahan.
“Saya masih mengharap media memberikan laporan yang adil dan profesional sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian.
“Kepada semua pengundi di Selangor, saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang.
“Saya juga mengharapkan rakyat di Selangor ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” ujar Abdul Khalid.

Tiada ulasan: