SPECIAL ADS

8 April 2013

Trio Datuk T mengaku bersalah

KUALA LUMPUR 08 Apr : Trio Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Trio berkenaan terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim.


Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000.  Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.  Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.


Tuduhan yang dibaca berbunyi “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan di bawah Seksyen 292a dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.


Manakala tuduhan ke atas Rahim berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.


Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani. Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Pendakwaraya Kanan Kamaludin Md Said.


Eskay diwakili peguam Zamnia Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Rahim Tamby Chik pula diwakili Datuk Muhammad Shafee Abdullah.


Jika sabit kesalahan, ketiga mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.


Oleh: Sadiqin Omar

Tiada ulasan: