SPECIAL ADS

8 September 2013

Apa sudah jadi pemimpin Umno?

08 Sep : Apa sudah jadi kepada pemimpin Umno? Respons mereka terhadap isu-isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dibuat dalam keadaan hysteria.
Dua minggu lalu, bila Anwar Ibrahim mencadangkan perbincangan meja bulat, cadangan tersebut dibaca sebagai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
Anwar Ibrahim mengajak pemimpin Umno yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya.
Perkara yang mudah ini pun pemimpin Umno tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.
Pemimpin-pemimpin PAS pun saya harap fahamlah dahulu cadangan Anwar itu. Ini bukan kerajaan perpaduan.
 Bukan untuk bergabung dengan Umno. Tak ada orang hendak bergabung dengan Umno. Umno parti fiudal, rasuah dan rasis dan zalim kepada orang Melayu.
Kita bukan ingin bergabung, kita hendak lawan Umno sampai Umno kalah. Kita hendak memerdekakan orang Melayu dari perhambaan Umno yang feudal ini.
Faktanya, Umno itu lanjutan dari orang-orang yang tuan hamba sini dan tuan hamba sana iaitu pemilik hamba abdi zaman dahulu.
Rakyat Melayu jangan lupa, bahawa ciri utama fiudalisme Melayu ialah memiliki hamba.  Sebab itu kalau kita baca sejarah, tokoh-tokoh membahasakan diri mereka tuan hamba.
Rakyat biasa membahasakan diri mereka hamba. Zaman dahulu, orang Melayu terbahagi kepada dua kategori sahaja- pemilik hamba dan hamba abdi atau hamba sahaja.
Orang Melayu yang revolusioner dan yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi tidak akan mahu bergabung dengan Umno.
Memperjuangkan kepentingan orang Melayu tidak semestinya melalui Umno. Dimana pun kita berada, jika kita Melayu kita boleh memperjuangkan orang Melayu.
Ada orang Umno yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin mereka? Ada orang Umno yang berani mendedahkan keadaan sebenar orang Melayu yang rata-ratanya masih miskin?
Yang masih tidak dapat bekalan air, yang tak mampu memiliki rumah, yang tidak berumah, yang hidup kais pagi makan pagi?
Mustahil orang Umno berani bercakap mengenai perkara-perkara ini. Cakap-cakap langkah mayat dia dahulu, baru boleh buat apa-apa adalah cakap besar orang yang sebenarnya tidak ada kekuatan.
Masalah orang Melayu Umno ialah dia ingat dia seorang sahaja yang kuat. Kalau dia tumbuk orang lain, orang lain duduk diam sahaja.
Sikap dan mentality seperti inilah yang menyebabkan orang melayu kalah.  Tidak syak lagi, semasa Portugis melanggar Melaka dahulu, tidak sedikit yang berkata langkah mayat mereka dahulu.
Orang Melayu pakai lembing dan keris, parang dan pisau, kapak dan beliung, mereka lupa Benggali Putih ada meriam dan senapang.
Kita kuat, tapi jangan lupa orang lain pun ada kekuatan. Jadi, janganlah cakap besar , langkah mayat aku dahulu.
Ini cakap remaja yang mukanya masih berjerawat dan basuh kencing pun tak sempurna lagi. Saya berada dalam parti DAP.
Saya berani bercakap mengenai perkara-perkara yang segan atau tidak berani dicakapkan oleh pemimpin Umno.
Ada orang Umno berani kata Umno itu parti rasuah dan mengunakan kuasa kerajaan untuk mengayakan diri pemimpin dan syarikat-syarikat kaitan dengan Umno?
Dan di hadapan rakan-rakan Cina dalam DAP saya berani kata, keadaan orang Melayu masih teruk.
Saya cadangkan pemimpin Umno hari ini kembali kepada prinsip asas- back to basics. Jangan nak suruh orang lain belajar sejarah.
Belajar apa parti politik boleh buat dan tidak boleh buat dalam sebuah demokrasi. Belajar umpamanya sejarah pembinaan PWTC itu.
Tahukah pemimpin Umno tanah yang 10 ekar itu siapa punya dan mengapa tuan tanah sanggup beri pada Umno semata mata kerana berpegang pada prinsip berkerajaan bahawa parti politik yang memerintah tidak boleh mencabul kuasa?
Orang Melayu sebetulnya kena cari pemimpin berprinsip seperti ini bukan memilih pencuri dan pembunuh.
Tanah itu dahulu milik Tengku Razaleigh Hamzah yang diberi percuma kepada Umno. Kenapa beri percuma? Kerana Tengku Razaleigh Hamzah memikirkan bahawa parti politk tidak boleh memohon tanah dari kerajaan bila memegang kuasa.
Melakukan demikian, melanggar prinsip berkerajaan. Menjadi kerajaan bukan lesen melakukan sesuka hati. Prinsip ini pemimpin Umno seperti mamak padukang Mahathir  tidak faham .
Pemimpin Umno yang rasuah dan tidak berotak sahaja yang berfikiran seperti ini. Parti politik tidak boleh memohon tanah dari kerajaan.
Maka oleh kerana Umno ketika itu yang memikirkan bahawa mereka menguasai kerajaan maka boleh memohon tanah, Umno bercadang memohon tanah untuk membina ibu pejabat Umno.
Pemimpin yang berprinsip seperti Tengku Razaleigh tidak bersetuju. Untuk mengelak daripada mencabul kuasa kerajaan, Tengku Razaleigh yang mempunyai tanah ditapak PWTC sekarang( yang dia beli dari pemilik Punjabi atau Chettiar) memberi tanah seluas 10 ekar itu kepada Umno.
Pemimpin Umno yang menjerit sana sini hari ini tahu tidak perkara ini? Tak tahu. Sebab dalam kepala mereka, menguasai kerajaan itu lesen untuk melakukan rasuah, kezaliman, ambil kesempatan, balun tanah, balun syer syarikat, buli orang dan memurtadkan Melayu yang tidak sealiran pemikiran mereka.
Jadi sebelum pemimpin Umno hari ini yang tak seberapa cerdik menasihatkan orang lain membaca sejarah, eloklah pemimpimn Umno itu sendiri membaca sejarah perjuangan orang Melayu terlebih dahulu.
Kembali kepada pembacaan ajakan Anwar berunding meja bulat. Pembacaan itu tidak betul. Demikianlah masa dulu emak dan bapa suruh pergi belajar, kamu ponteng dan bersidai dikedai mamak hisap rokok.
Bila besar, masuk parti Umno dan terbawa-bawa kebodohan remaja bersama sama. Sudahkah pendita-pendita dari Umno ini membaca dan faham apa yang Dyana Sofiah Mohd Daud setpol Lim Kit Siang nyatakan?
Dia hanya menceritakan perasaan sedih dia melihat kawan-kawan bukan Melayu yang miskin dan tidak kemampuan tidak dapat melanjutkan pelajaran.
Pemimpin Umno tidak sukakah kita ada perasaan sedih melihat orang miskin? Mungkin kerana tidak ada perasaan sedih inilah, maka hari ini kita lihat ada 10 juta orang Melayu mempunyai pendapatan bulanan RM1500 kebawah.
Oleh kerana dia ada perasaan sedih melihat bukan Melayu yang tidak mampu melanjutkan pelajaran, dia beranggapan adalah baik jika sebuah institusi seperti UITM diujudkan untuk bukan Melayu. Yakni suatu tempat yang memberi peluang kepada bukan Melayu yang tidak mampu mendapat peluang melanjutkan pelajaran.
Orang Melayu mesti terima kenyataan bahawa bukan semua orang Cina dan bukan Melayu itu kaya dan mampu.
Dalam kawasan saya, kalau kita rajin masuk ke kampung-kampung baru Cina di tempat-tempat seperti Kg Baru Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras dan Sungai Chetang, kita akan dapat lihat bahawa ramai orang Cina yang miskin.
Anak-anak mereka tidak menyambung pelajaran pun. Kepada mereka yang seperti ini, apa harapan yang boleh kita sebagai sebuah kerajaan berikan?
Ini kerajaan untuk rakyat Malaysia bukan? Kecualilah ketika saya tidur malam tadi, pagi ini, kerajaan Malaysia sudah bertukar menjadi kerajaan untuk orang Melayu sahaja.
Bahkan bukan itu! Menjadi kerajaan untuk orang Melayu Umno sahaja! – sakmongkol.blogspot.com, 8 September, 2013.
Oleh: Sakmongkol. Ahli Parlimen Raub, Pahang

Tiada ulasan: