SPECIAL ADS

5 September 2013

Umno: Ku Li perlu bertanding demi kelangsungan politiknya

06 Sep : Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar), tidak mempunyai pilihan lain, beliau perlu membuat keputusan sama ada untuk menyertai pemilihan Umno pada Oktober ini atau karier politik kerabat Diraja Kelantan itu akan terkubur.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li kini tidak mempunyai halangan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti, memandangkan sistem pemilihan parti itu sudah berubah.
"Kalau dulu Ku Li tidak boleh membuat keputusan kerana ia harus melepasi kuota pencalonan, namun sekarang ia agak berbeza. Tidak ada siapa atau bahagian mana pun atau Najib sendiri boleh menghalang Ku Li melainkan dirinya sendiri.
"Kalau mengikut daripada segi usia, pemilihan ini adalah yang kali terakhir buatnya. Gagal berbuat demikian bererti tiada lagi peluang untuknya ke Putrajaya sebagai PM kerana usia tidak menyebelahinya," lapor Sinar Harian.
Akhbar berkenaan turut melaporkan, Ku Li juga tidak lagi mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi, kerana 'padang permainannya' kini lebih tertumpu di ibu negara.
"Sedang Ku Li menunggu 28 September, kedudukannya di  Gua Musang selaku ketua bahagian nampak suam-suam kuku. Satu laporan menyebut Ku Li bakal ditentang Ketua Pemudanya, Datuk Bazlan Baharuddin.
"Halangan ini walaupun tidak membimbangkan, namun sejarah 51 tahun Ku Li dalam politik nasional akan mencatat satu lagi sejarah iaitu dia juga tidak kebal," kata akhbar berkenaan.
Ku Li sebelum ini dilaporkan sibuk menemui wakil rakyat kedua-dua pihak daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), konon dalam usaha menjadikan beliau perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
"Ia macam plot cerita rampasan kuasa. Bezanya rancangan merampas kuasa ini lebih demokratik iaitu melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Bagaimanapun, cerita rampasan kuasa itu bukan saja tidak masuk akal dan tidak menjadi satu kenyataan, bahkan cerita bulan Jun tidak lebih cerita kartun dijaja dengan tujuan menakut-nakutkan Najib dan senada dengan cerita 16 September yang dimulakan Anwar sebagai tarikh perubahan kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat," lapor Sinar Harian.

Tiada ulasan: