SPECIAL ADS

7 September 2013

'Pemimpin Umno takut berdebat dengan saya

NONE
07 Sep : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pemimpin Umno kerana menolak cadangan beliau untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi menangani isu-isu utama negara.

"(Pemimpin Umno) takut berdebat dengan saya," katanya.

Beliau menyifatkan dialog antara kerajaan dan pembangkang sebagai "biasa" dan "sihat".

Anwar dengan tegas menafikan yang dialog tersebut bertujuan untuk 
membentuk kerajaan perpaduan sepertimana yang ditakuti oleh sesetengah pemimpin Umno.

"Ini menunjukkan bahawa mereka (pemimpin Umno) tidak membaca perutusan Merdeka saya. Saya meminta perbincangan dalam empat isu-isu penting, termasuk prestasi yang lemah ekonomi, peningkatan kadar jenayah, rasuah, dan ketegangan kaum dan agama," katanya.

Harimau Jelutong


Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, dalam perutusan Merdeka beliau pada  30 Ogos menyaran dialog terbuka dengan BN.

Katanya, walaupun Pakatan Rakyat menang undi popular dalam 
pilihan raya umum lepas, beliau terbuka untuk berbincang dengan kerajaan mengenai isu-isu penting demi masa depan negara ini.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku baru 'mengenai pengerusi DAP Karpal Singh - 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong - di Kuala Lumpur hari ini. Buku ini ditulis oleh wartawan New Zealand, Tim Donoghue.

Apabila ditanya mengenai gesaan Menteri Belia dan Sukan, Sukan Khairy Jamaluddin supaya Pakatan menamakan kabinet bayangannya, Anwar berkata: "Saya nasihatkannya (Khairy) beri tumpuan kepada kerja-kerjanya sebagai menteri." 

Tiada ulasan: