Kuala Lumpur 02 Sep : Jika ia terserah kepada ahli majlis tertinggi Umno untuk membuat keputusan, jemputan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengenai isu yang melanda negara, pastinya akan ditolak secara terang-terangan.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa kebanyakan ahli majlis tertinggi menolak cadangan ketua pembangkang itu untuk membincangkan isu yang menekan negara sekarang selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuaratnya Jumaat lalu.
Majoriti ahli majlis tertinggi berkata, Anwar `terdesak’ dan `tidak boleh dipercayai’.
Seorang ahli tertinggi Umno yang enggan namanya didedahkan, memberitahu The Malaysian Insider, bahawa perdana menteri sendiri yang membangkitkan cadangan Anwar pada permulaan mesyuarat.
“Ramai juga yang hadir menentang idea itu. Kebanyakannya berpendapat Anwar terdesak dan mahu kekal relevan selepas kalah dalam petisyen pilihan raya,” kata sumber itu.
Datuk seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog itu.
Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah Anwar berjuang untuk terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah.
“Ada beberapa ahli majlis tertinggi seperti Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Saifuddin Abdullah yang memberikan pandangan lebih sederhana dan munasabah,” katanya.
Awang menyatakan mengenai orang Melayu mahu melihat perpaduan, sementara Saifuddin berkata, majlis perlu memberi maklum balas terhadap tawaran itu secara berstrategi, terutama sejak Najib ada bercakap mengenai perdamaian kebangsaan pasca PRU13.
Perdana menteri, kata sumber itu, hanya mendengar tanpa memberikan pandangannya.
Anwar menganjurkan beberapa siri rapat umum dengan nama Black 505 selepas membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.
“Walaupun kami membantah kesahihan keputusan pilihan raya lalu, kami bersedia untuk meletakkan ke tepi perbezaan demi negara,” katanya.
“Kita percaya adalah sangat mustahak untuk perdana menteri mengadakan mesyuarat meja bulat antara kerajaan BN dengan PR untuk membincangkan isu yang dibankitkan dan menghasilkan penyelesaian yang komprehensif,” katanya.
Anwar dalam ucapan Hari Kemerdekaan, berkata beliau meminta pertemuan segera diadakan antara kedua-dua parti untuk menyelesaikan masalah yang melanda negara.
“Pertemuan antara kedua-dua pihak PR dan BN perlu diadakan serta merta untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan majlis tertinggi sudah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu, tetapi menyerahkan kepada Najib untuk mengumumkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan