SPECIAL ADS

2 September 2013

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

02 Sep : Ia tidak mendatangkan kerugian apa-apa. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan Umno enggan, janganlah puak Anwar Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Umno akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan Umno sampai ia kalah. Apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang Umno jalankan menyusahkan orang Melayu. 75 peratus daripada penduduk Melayu akan mendiami bandar dan separuh bandar. Hampir 10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30 peratus Melayu kaya menguasai 70 peratus kekayaan orang Melayu. Jadi mana untungnya orang Melayu berada bawah pemerintahan Umno? Budak-budak Umno yang diupah penasihat Najib untuk ptui sana ptui sini dalam blog ini - kita sengaja membenarkan komen mereka disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib. Kualiti ludahan dan kahak.
Masa depan Umno semakin muram kerana punca sokongannya akan berkurangan. Perpindahan rakyat ke bandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan Umno itu sebagai punca segalanya. It’s a matter of time.  Umno hanya hidup selagi orang Melayu mengucap solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Umno.
Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataannya bukan untuk suka-suka apatah lagi menghiburkan hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim membuat kenyataan tersebut tentu sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah-entah mereka sudah buat deal. Najib pun mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Najib boleh tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh buntut Anwar pun mahu mereka cium. Ramai orang lupa bahawa Najib dan Anwar digunting dari kain yang sama.
Mana kita tahu ini semua bukan mainan politik Najib? Najib tahu Mahathir dan gengnya menyerang Najib dan akhirnya akan menyingkir Najib. Jadi, penyelesaiannya ialah membawa masuk Anwar dengan beberapa terma perdamaian untuk menghabiskan Mahathir dan pengikut Mahathir. Masalah dengan Najib dan Anwar ialah kedua-dua merasakan mereka lebih bijak dari yang lagi satu dan mereka boleh outwit satu sama lain. Hanya pak pandir sahaja yang bergegas masuk ke tempat yang malaikat pun takut pergi.
KJ mesti faham maksud apabila Hishammuddin berkata bahawa hanya Najib yang berhak bercakap mengenai tawaran Anwar tersebut. Najib belum berkata apa-apa, KJ sudah meluru ke hadapan.
Apa kata jika langkah pertama Anwar ini adalah suatu rancangan to cut off Mahathir? Perdamaian antara Najib dan Anwar adalah solution yang muktamad untuk menyingkirkan the Mahathir problem? Dan perdamaian Anwar dengan Najib menutup lubang pihak yang menuntut kedudukan presiden Umno dan PM? Jika orang lain jadi presiden Umno, masa depan kedua-dua Najib dan Anwar akan kelam.
Itu mukadimah sahaja mengenai intrigue politik dalam istana Umno. Kita tinggalkan cerita itu dan mari lihat isu yang lebih besar untuk orang Melayu. Kita biarkan budak Najib dan Anwar ini bemain apa yang mereka mahu main.
Merdeka bukan Umno yang memberi maksudnya
Semua cakap-cakap mengenai ancaman kepada kepentingan Melayu ini adalah drama Umno. Bagaimana kepentingan orang Melayu tergugat kecuali orang Melayu membiarkanya? Dan oleh kerana Umno menguasai kerajaan dan pentadbiran, bagaimana kepentingan Melayu tergugat kecuali Umno yang membiarkan ia tergugat?
Beberapa hari lalu, saya mendengar seorang bekas general angkatan tentera kita berkhutbah mengenai erti kedaulatan negara. Kita mesti jaga kedaulatan negara kita dari ancaman orang lain katanya. Orang lain itu siapa? Inilah syarahan yang jenisnya meluatkan pendengar. Loya tekak kita.
Penceroboh Sulu masuk ke dalam negara kita, kita tidak bertegas menangani pencerobohan itu. Kita berdolak dalik dengan alasan kita menyukai cara diplomatik dan kerana penceroboh beragama Islam. Adakah kita lupa bahawa jutaan umat Islam bunuh membunuh atas nama Islam? Maka alasan yang Hishammuddin dan kerajaan beri adalah  alasan yang terlalu dangkal. Sikap kita semestinya sesiapa menceroboh negara kita, tidak kira agama dan bangsa, kita usir dengan ketenteraan. Kelembapan pimpinan kerajaan menyebabkan ramai perwira negara kita terkorban. Darah perwira yang gugur melumuri tangan pimpinan negara yang lembik dan lembab.
Buatlah banyak mana drama dan pantomime atas padang, ia tidak akan membenamkan fakta bahawa kerajaan kita incompetent dalam menangani pencerobohan bangsa Sulu. Tapi lebih daripada itu, kedaulatan negara ini mesti kita pelihara daripada penganiayaan pemerintah. Pemerintah yang menggadai maruah negara ini dengan memberi kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah tanpa mengira kualiti pendatang asing membeloti kedaulatan negara kita. Pegawai imigresen yang menjalankan sindiket membenarkan rakyat asing masuk dalam negara ini , belot kepada kedaulatan negara. Apatah lagi yang menjual kad pengenalan, mereka pembelot kedaulatan negara kita.
Jika kita benar mahukan pendaulatan negara kita dan memuliakan kemerdekaan yang kita capai, kita mesti hapuskan perkara-perkara ini. Jangan berkhutbah kepada kita mengenai konsep kedaulatan negara jika tangan kita berlumuran dengan pembelotan. – sakmongkol.blogspot.com, 2 September, 2013.
*Sakmongkol :  Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.

Tiada ulasan: