SPECIAL ADS

2 September 2013

Simulasi pemilihan parti Umno minggu depan

Kuala Lumpur 02 Sep : Umno akan menjalankan simulasi kaedah baharu pemilihan parti selama tiga minggu mulai minggu depan.
Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh, berkata simulasi itu akan meliputi semua sudut termasuk kaedah pendaftraran, undian dan perkiraan undi. 
Beliau berkata, Jawatankuasa Pemilihan akan bersidang pada Khamis depan dan wakil seluruh negara akan dipanggil untuk menjalankan simulasi di Pusat Latihan Umno di Janda Baik.
"Kaedah baharu ini akan memperlihatkan satu pendekatan terbaik dalam memilih pemimpin akar umbi.
"Ia akan dapat dibuat dalam tempoh tiga minggu sebelum pendaftaran calon bermula," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitrinya di Kuala Lumpur, malam tadi.
Umno akan mengguna pakai sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi pemilihan parti kali ini.
Pendaftaran untuk calon bertanding akan diadakan mulai 21 September. Bernama, 2 September, 2013.

Tiada ulasan: